Buscar

Páginas

Kuku dan sebuah ketawa ♥♥


 Jatuh cinta bagi saya adalah perkara yang sangat sukar. Bernaung di bawah bintang Gemini buat saya tidak mudah difahami. Kadang-kadang saya sendiri sukar memahaminya. Saya dengan dia berkawan sejak kecil, bergaduh dan bermusuh. Sampailah saya berpisah dengan dia semasa darjah tiga dan bertemu semula sewaktu renunion SK Tamau pada tahun 2012. Waktu itu, salah seorang kawan sekolah **Faizadah @ Faye ** mahu menjodohkan kami tapi waktu itu, dia tidak memandang saya langsung, S.O.M.B.O.N.G! dan sebenarnya saya tidak menegur dia pun, sebab dia serabai, selekeh dan berjeans koyak. (Yakssss,..pantang bapa aku, lelaki mcm ni!) Hahaha. Selepas daripada reunion itu, kami tidak pernah berhubung langsung.


Akhirnya pada 1 Ogos 2013, dia add saya sebagai kawan di muka buku. Saya tanya di mana dia tahu itu facebook saya, dia ckp dia jumpa daripada facebook kakak dia dan dari situlah dia mengikuti perkembangan saya melalui muka buku. Dari situlah kami menjadi kawan baik dan musuh semula.


Sehinggalah pada bulan Oktober 2013, dia meluahkan perasaannya dengan saya. (Belum ada rama-rama dalam perut, hehe). Seperti saya katakan, jatuh cinta bagi saya adalah hal yang sangat sukar, berat dan seumpama dengannya. Bila dia ckp dia sukakan saya, macam-macam dalam fikiran saya. Bukan soal darjat, pekerjaan atau sebagainya. Pertama, saya fikirkan soal bapa dan mama, mampukah mereka menerima dia dan kedua, bagaimana saya mahu menerima dia sedangkan saya hanya menganggap dia kawan zaman kanak-kanak.


Akhirnya saya menerima dia, walaupun ketika itu sebenarnya perasaan saya berbelah bagi. Sebab pertama saya menerima dia, saya percaya qada dan qadar yang Allah tentukan. Kalau dia adalah jodoh yang Allah tetapkan, pasti akan bersama dan begitulah sebaliknya. Sebab kedua, dia adalah kawan. 5 Oktober 2013, adalah hari saya menerima dia sebagai lelaki dimasa depan. Sebab lainnya ialah waktu mula-mula saya menerima dia, ada beberapa kali jugalah saya mimpikan arwah ibunya. Walaupun saya tidak faham maksud mimpi itu, tapi bagi saya mungkin itu adalah restu.


Bercinta tanpa jatuh cinta hanya sayang sebagai kawan. Ya, itulah yang terjadi sebenarnya. Kami bercerita sebagai kawan dan bergaduh juga sebagai kawan. Pernah beberapa kali saya menangis kerana agak susah sebenarnya meneruskan satu hubungan tanpa perasaan cinta tapi atas dasar tanggungjawab sebagai kawan, sukar mahu meninggalkan dia...


Dari dua dunia berbeza. Latar belakang, pekerjaan dan taraf pendidikan akan dijadikan jurang, itu yang saya sedar. Pandangan orang lain juga akan menjadi point penting. Waktu mula-mula ada yang menyedari kami rapat, ramai yang memperkatakan tentang itu. Sedih bila ada yang menganggap saya hanya akan mempermainkan dia, hehe. Ada yang terkejut dan bermacam-macam persepsi yang lain. Syukur Alhamdulilah, keluargalah yang mula-mula tahu dan mereka menerima dia dengan baik tapi dengan pesanan, “jaga saya baik-baik”.

Bila sebenarnya saya jatuh hati dengan dia?.... orang cakap dia handsome tapi bagi saya tidak. Hehe. Dia bukan lelaki idaman saya, sebab lelaki idaman saya seperti bapa saya (Kemas, teratur, dan sebagainya). Selepas bercinta dalam lima bulan lebih, barulah saya jatuh hati dengan dia (...dan saya merasakannya dengan cukup mendalam). 



****Jatuh cinta kerana kuku kaki dia bersih dan bunyi ketawa dia****.

 Hahaha. Sebenarnya dia bukan jenis lelaki yang ketawa terbahak-bahak (satu persamaan dia dengan bapa), jadi bila dia ketawa, bunyinya mcm pelik pada pendengaran saya, unik dan lucu! Heheh. Itulah sebab saya jatuh cinta dengannya... In shaa Allah, jatuh cinta yang seterusnya hanya selepas dia menjadi imam dan saya menjadi makmumnya kelak.

Sedar terlalu banyak dugaan lebih-lebih dalam tempoh darah manis (bukan disebabkan banyak makan gula). Godaan dan dugaan datang bertimpa-timpa...lalalalala. Tempoh ini jugalah di mana sebelum ini saya tidak pernah cemburu akhirnya telah mula mudah rasa cemburu. Tapi mungkin disebabkan, saya terlebih dahulu menerima dan belajar kekuranganya maka dengan itu, mudah untuk saya menerima ujian yang itu dan sudah pasti ujian-ujian selepas ini lebih berat, ganas dan panas namun saya cuma berharap kami akan berjaya melaluinya.


Ini bukan dongeng, bukan kisah Romeo & Juliet atau kisah-kisah cinta dongeng yang lain...bukan kisah drama/filem Melayu (Suamiku Encik Perfect 10 dan lain-lain) dan jauh sekali dari drama Indonesia (yang terlalu banyak cabaran sampaikan rasa feedup) dan sama sekali tidak sama mcm filem Bollywood (yang asyik menyanyi, sanggup mati, sudah mati hidup semula) dan paling penting tiada kaitan dengan drama korea walaupun kami berdua hantuuuu drama korea...hahaha..ini kisah sebenar kami. Tidak mengujakan, tiada unsur suspens just "Go with the Flow".


Sudah penat menulis, seperti menyiapkan sebuah novel....tapi ini bukan novel cinta. Ini hanya sebuah cerita tentang sebuah kisah jatuh cinta pada kuku dan sebuah ketawa. Terima kasih sudi membaca.....nantikan kisah perjalanan yang seterusnya, In shaa Allah.











0 ulasan:

Catat Ulasan