Buscar

Páginas

Perjalanan ke alam kurus ❤

Assalamualaikum wbt & Selamat Pagi Duniaaaaaaaaaaaaaaa.........

Cerita yang nak dikongsikan hari ini ialah perjalanan ke alam ‘kurus’. Hehehe. Rasanya sudah lebih dari 350 kali memulakan diet, tapi satu pun tak pernah berjaya! Mudah tergoda makanan dan susah nak tinggalkan minuman yang manis.


Kerap juga disindir-sindir oleh Mr. Sawaru. Kononnya cakap nak diet, tapi tak juga. (Mana ada perempuan suka disindir kan, rasa nak tendang jak, kejam tak? Hahaha..belum kahwin jadi tak berdosa kalau melawan, hehehe). Tapi sejak akhir-akhir ni, sindiran itu makin kurang sebabnya, airmata telah mengambil alih peranan...mudah terasa bila disindir (bukan sengaja nak gedik, tapi sakitnya tuh di sini...heheh). Ingatkan dia tak bising lagi. Tidak menyindir bukan bermakna dia senyap, redha dan ikhlas..hehe. Taktik terbaru dia, “sambil senyum-senyum dia cakap saya makin tembam, makin comel. Bagi orang perempuan, perkataan comel itu adalah kata ganti nama bagi orang gemuk! Tapi, saya masih tak jera, sehinggalah apa yang berlaku pagi ini.

Persis senyuman Mr. Sawaru bila cakap saya makin comel & tembam. 


Saya sebenarnya jenis teratur dan tidak suka kerja last minute. So, setiap hari Sabtu saya akan pastikan sudah siap mengIron baju kerja untuk seminggu (baju kurung termasuk tudung). Perangai ini sebenarnya saya warisi daripada bapa yang jenis teratur. Hehe. So, pagi tadi masa bersiap mahu pergi kerja, lepas mandi sarunglah baju kurung moden ini, HUWAAAAA...semput mahu pakai, mcm habis nafas pun ya juga...baju tu ndak muat sudah, minggu lepas masa try muat lagi. Terpaksa tukar pegi baju kurung biasa yang lebih besar.


Dengan sisa-sisa azam, saya mulakan semula perjalanan diet saya hari ini. Mudah-mudahan berhasil. Tak apalah, lupakanlah makanan sedap-sedap buat seketika waktu. 350 kali mulakan diet atkins, tapi hanya pernah berjaya mengurangkan 7kg dlm masa 11 hari kalau xsilap. Mudah-mudahan hari pertama hari ini berjaya, Bismillahi Rahmani Rahim.

Telur mata gorila adalah menu utama Diet Atkins.



0 ulasan:

Catat Ulasan