Buscar

Páginas

Kisah Tudung Bawal Adijuma ♥


Waktu mula bertudung dulu, tudung bawal lah yang saya mula-mula pakai. Lucu juga bila ramai kawan-kawan yang cakap saya macam mualaf. Hehehe. Tapi empat tahun yang lepas, saya tinggalkan tudung bawal sebab lebih suka pakai shawl yang melilit-lilit begitu. Pada saya shawl lebih senang mahu pakai dan senang dibentuk. Tudung bawal pula susah mo kelempang-kelempang (dibentuk).

 
**Lelaki dibelakang itulah yang memuji saya. Hehe**

Tapi sejak minggu lepas, saya sudah ada keyakinan semula untuk bertudung bawal hanya sebab lelaki tersayang cakap saya comel pula bertudung bawal (waktu tu, xsempat mo pakai shawl, rembat jakla tudung bawal berkurun dalam simpanan).


 Kebetulan esoknya, kawan opis dtg jual tudung bawal Adijuma. (Sebelum ni memang pernah pakai tudung bawal Adijuma pun tapi itu kisah dulu). So, dijadikan jalan cerita, belilah dua helai tudung bawal Adijuma tu dengan kawan tu. Malam tu pula, keluar makan dengan si dia. Dia ckp saya comel je pakai tudung bawal. Lagilah rasa mcm berdegup-degup (Bila dipuji yang tersayang) Hehe. Beberapa hari lepas tu, saya beli lagi beberapa helai tudung bawal Adijuma...bukan tudung bawal jenama lain tiada, jenama bukan segala-galanya bagi saya tapi sebab design dan tekstur kain tudung bawal Adijuma lembut, senang dibentuk...kini tiada lagi kelempang-kelempang. Hehe



Inilah tudung bawal Adijuma saya, amacam okey tak?..hehehehe.




1 ulasan:

Mizsfullstop

cantik kak hihih . *comel !

Catat Ulasan