Waktu mula
bertudung dulu, tudung bawal lah yang saya mula-mula pakai. Lucu juga bila
ramai kawan-kawan yang cakap saya macam mualaf. Hehehe. Tapi empat tahun yang
lepas, saya tinggalkan tudung bawal sebab lebih suka pakai shawl yang
melilit-lilit begitu. Pada saya shawl lebih senang mahu pakai dan senang
dibentuk. Tudung bawal pula susah mo kelempang-kelempang (dibentuk).
Tapi sejak minggu
lepas, saya sudah ada keyakinan semula untuk bertudung bawal hanya sebab lelaki
tersayang cakap saya comel pula bertudung bawal (waktu tu, xsempat mo pakai
shawl, rembat jakla tudung bawal berkurun dalam simpanan).
Kebetulan esoknya, kawan opis dtg jual tudung
bawal Adijuma. (Sebelum ni memang pernah pakai tudung bawal Adijuma pun tapi
itu kisah dulu). So, dijadikan jalan cerita, belilah dua helai tudung bawal
Adijuma tu dengan kawan tu. Malam tu pula, keluar makan dengan si dia. Dia ckp
saya comel je pakai tudung bawal. Lagilah rasa mcm berdegup-degup (Bila dipuji
yang tersayang) Hehe. Beberapa hari lepas tu, saya beli lagi beberapa helai
tudung bawal Adijuma...bukan tudung bawal jenama lain tiada, jenama bukan segala-galanya
bagi saya tapi sebab design dan tekstur kain tudung bawal Adijuma lembut,
senang dibentuk...kini tiada lagi kelempang-kelempang. Hehe
Inilah tudung
bawal Adijuma saya, amacam okey tak?..hehehehe.


1 ulasan:
cantik kak hihih . *comel !
Catat Ulasan